| Sejarah Penubuhan SAM Bestari JAIS |
|
|
|
| Written by daus soleh |
| Saturday, 29 May 2004 10:01 |
|
Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan dan Pembelajaran JAIS merupakan Program bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam Jurusan Sains dan Teknik disamping Amal Islami dijadikan sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) mempunyai 22 buah Sekolah Agama Menengah (SAM) dengan jumlah 14,500 orang pelajar dan 650 orang guru. Sukatan yang diajar di SAM yang bermula daripada tingkatan satu hingga enam atas adalah melaksanakan sukatan baru sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KBSM) dan sukatan pelajaran yang diperakui oleh Universiti Al-Azhar. Lulusan SAM Ini layak melanjutkan pelajaran ke Intitusi Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara dalam pelbagai bidang. Dengan perkembangan, Selangor akan menjadi negeri maju pada tahun 2005 masyarakat Islam akan terdedah dengan pelbagai isu pembangunan dan sosial terutama dalam menyediakan tenaga mahir dalam bidang Teknologi Maklumat (Negeri Selangor) akan berjalan seimbang dan harmonis. Bagi menyediakan kertas konsep sekolah ini satu bengkel yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Pelajaran selama 2 hari bermula dari 20 Oktober hingga 21 Oktober 1997 di Hotel De Palm Inn, Shah Alam. |
| Last Updated on Sunday, 11 December 2005 12:01 |

















