Ahli Komuniti Sambest.Net



Designed by:
SiteGround web hosting Joomla Templates
Laman Utama » Pengenalan
Pengenalan PDF Print E-mail
Written by daus soleh   
Saturday, 29 May 2004 09:54

Untuk melahirkan generasi yang berwibawa dalam segala aspek memerlukan satu semangat juang yang tinggi dan perlu faham tentang konsep yang akan diketengahkan. Sahsiah, intelektual dan keperibadian melambangkan tamadun manusia semakin berkembang selaras dengan era pembangunan di abad ke-21 ini. Peranan dan tanggungjawab setiap individu menjadi tunjang kepada kemasyhuran tamadun manusia khususnya setelah Malaysia mencapai tahap kualiti MS ISO 9000.

Sebagai warganegara yang telah dipertanggungjawabkan bagi mewarisi kepimpinan negara kelak, maka wajarlah bagi setiap individu untuk berusaha keras bagi merealisasikan impian tersebut. Semangat dan tenaga yang dimiliki harus digembleng bersama sungguhpun di tanah yang berlainan tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Sehubungan itu, cetusan idea daripada insan yang prihatin telah menyuntik semangat bekas-bekas pelajar SAM BESTARI JAIS untuk mewujudkan Persatuan Bekas Pelajar Sambest (PBPS). Kewujudan persatuan seumpama ini diharapkan dapat mengimbau semula kenangan manis kepada bekas pelajar untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dicipta semasa menuntut di SAMBEST suatu masa dahulu. Selain itu ikatan ukhwah yang terbina dapat diteruskan dan dikembangkan hingga ke generasi yang akan datang.

Last Updated on Sunday, 11 December 2005 12:01
 
404 Not Found

Not Found

The requested URL /listone.php was not found on this server.

Additionally, a 404 Not Found error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.


Apache/2.0.63 (Unix) mod_ssl/2.0.63 OpenSSL/0.9.7a mod_auth_passthrough/2.1 mod_bwlimited/1.4 FrontPage/5.0.2.2635 PHP/5.2.9 Server at 174.132.241.244 Port 80